Artikel penolong professor Matematik di Borough of Manhattan Community College, University of New York, Annie Han mendapati beberapa kajian menunjukkan pencapaian pelajar asia dalam subjek matematik lebih baik berbanding pelajar Amerika Syarikat. ini dibuktikan dalam penyelidikan yang diperoleh daripada 3rd International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan National Assessment of Educational Progress (NAEP). Malah prestasi pelajar Amerika dikatakan makin merosot berasaskan dapatan dalam kajian ini.
Berbeza dengan para pelajar di asia khususnya China, prestasi mereka meningkat dan mampu mencapai kompetensi subjek matematik. Berdasarkan dapatan beliau semasa melawat China, kesungguhan cikgu Matematik di Beijing adalah dibantu dengan sistem on-job-training semasa perkhidmatan. Pengajaran dan pembelajaran matematik yang diajar dalam bahasa ibunda, tidak menafikan kecekapan para pelajar dan guru mereka. Di antara strategi yang dijalankan bagi mengekalkan keupayaan dan kecekapan mengajar adalah:
- Susunan meja guru yang disusun secara dua set di dalam satu bilik. Set pertama adalah untuk guru-guru matematik manakala satu set lagi disusun untuk guru-guru bahasa. Susunan sebegini dapat meningkatkan interaksi di kalangan guru berlainan subjek dan sesama subjek bagi merencanakan strategi mengajar yang efektif dan berkongsi masalah pelajar yang dihadapi.
- Sikap dan etika para guru yang datang lebih awal setengah jam ke sekolah digunakan sebagai masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar, hal-hal pengurusan, menyemak kerja pelajar dan menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
- Bagi memantapkan kemahiran mengajar guru-guru. Setengah hari diambil seminggu diadakan latihan dalam perkhidmatan khususnya pengajaran dan pembelajaran. Semua latihan akan dikendalikan oleh guru-guru pakar yang bertauliah bagi melatih guru-guru baharu dan senior.
- Mereka menghadiri kesemua latihan yang diberikan tetapi latihan ini bukan bertujuan untuk mendapatkan jam kredit kursus, kenaikan gaji atau mendapat sijil. Semua latihan yang disertai semata-mata bagi meningkatkan kecekapan mengajar di kelas serta menangani masalah pelajar.
Walau pun menggunakan bahasa ibunda, kecekapan guru dan pelajar di China masih mampu memajukan dunia sains dan teknologi mereka. Bukan bahasa yang menjadi penentu kejayaan namun strategi yang ampuh dapat menjayakan pendidikan anak bangsa.
0 comments: